Monday, March 22, 2010

Songket Thai Silk

Songket Thai Silk
Harga Kami Termurah Di Pasaran Malaysia !!!





Rizi Biz Shop merupakan pemborong sutera thai dan produk-produk thai handcraft yang lain. Kami mengimport daripada pengeluar di Thailand secara terus. Kami menawarkan koleksi kain SONGKET THAI SILK yang eksklusif dan terkini. Koleksi ini diimport khas dari Thailand (Chiang Mai dan Bangkok) dan mempunyai design-design songket yang terkini. Kain SONGKET THAI SILK ini memang sesuai dibuat pelbagai fesyen termasuk baju kurung, baju kebaya, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah atau boleh juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang atau dibuat hantaran perkahwinan.


UKURAN KAIN
Ukuran kain secara keseluruhan adalah 1.80 meter (2 ela) x 2 helai, iaitu terdiri daripada :

* 1.80 meter (2 ela) kain songket dan
* 1.80 meter (2 ela) kain Thai Silk (plain)











STOK TERSEDIA
Semua kain yang dipamerkan adalah stok tersedia kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Setiap design yang dipamerkan mempunyai 2 kuantiti sahaja. Sila pastikan stok available sebelum membuat pesanan. Siapa cepat dia dapat !
PENGEDAR SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI & INDONESIA DICARI !!!
Diskaun Sehingga 50 % ! **
Penghantaran PERCUMA ! **
Penghantaran by post @ dispatch @ self pickup ! **
Flyers PERCUMA !
** Term and Condition

Maklumat lanjut di : Rizi Biz Shop.

Saturday, March 20, 2010

Tag Kamiblogger Biggest Contest



10 soalan untuk Para Peserta Kamiblogger Biggest Contest.

1.Siapa nama anda?
2.Apa nama blog anda?
3.Bila anda bergiat aktif dalam berblogger?
4.Apa minat anda di waktu lapang?
5.Bunga apa yang anda minati?
6.Adakah anda berminat membuat gubahan?
7.Pada pandangan anda,gubahan apa yang sesuai untuk ditambah dalam blog ini?
8.Siapa chef yang anda minati dalam rancangan masakan?
9.Masakan berlauk apa yang mudah di masak,pada pandangan anda?
10.Apa harapan anda dengan menyertai contest ini?

DI HARAP SEMUA PESERTA KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST SUDI MENJAWAB SOALAN-SOALAN INI

Thursday, March 18, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

Jom sertai CONTEST terhebat ini. Pemenang tidak ditentukan berdasarkan nasib ataupun undian kerana kini peserta boleh berusaha untuk memenangi contest dengan mengumpul mata menggunakan kemampuan IQ dan blogging skill masing-masing. Inilah masanya anda berkenalan dengan blogger-blogger lain seluruh Malaysia. 26 Pemenang bakal memenangi pelbagai hadiah.

Syarat-Syarat Penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad.

Cara Menyertai :-

Cara untuk menyertai amat mudah. Pastikan anda melakukan STEP BY STEP perkara di bawah.

Step 1:
Anda wajib menulis satu entry khas mengenai contest ini di blog anda. Entry anda mestilah bertajuk "KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST". Peserta yang menulis entry contest paling kreatif akan memenangi hadiah khas tajaan FCUMIRACLE bernilai RM75.

Step 2:
Anda wajib paparkan BANNER CONTEST di blog anda. Sila copy code di bawah ini dan paste di sidebar blog anda. Kedudukan banner tersebut akan berada di penjuru blog. Anda boleh memilih kedudukan penjuru yang anda mahu. kanan ataupun kiri.

Step 3:
Ini adalah step terakhir untuk melengkapkan anda sebagai peserta. Anda hanya perlu isikan maklumat anda pada borang di bawah. Pastikan anda memasukkan detail yang betul. Seperti yang anda lihat, pada borang tersebut memerlukan anda memasukkan Entry Link. Entry Link bermaksud link entry contest yang anda buat STEP 1 tadi. Maka anda perlu pastikan anda siapkan dahulu Entry contest sebelum mengisi borang ini.

Cara Melaksanakan :-

Peserta hanya perlu mengumpul mata sebanyak yang mungkin melalui pilihan A | B | C di atas. Pilihan A ialah SOALAN UTAMA iaitu soalan yang akan diberikan kepada peserta setiap hari. Nilai mata yang ditawarkan pada pilihan A hanya 1 mata - 2 mata sahaja. Pilihan B pula ialah SOALAN BONUS iaitu soalan yang tidak diberikan selalu. Tetapi nilai matanya bernilai lebih tinggi daripada SOALAN UTAMA iaitu 3 mata hingga 5 mata. Pilihan C ialah TUGASAN BONUS iaitu bahagian yang paling bernilai dan tidak diberikan selalu. Selain itu, Tugasan Bonus juga amat menarik dan dapat mengeratkan hubungan antara para peserta.

Maklumat lanjut di : fcucommunity

Gubahan Songket



Wednesday, March 17, 2010

Songket

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Corak dan motif adalah memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:

  • Susunan bunga penuh
  • Susunan bunga bertabur
  • Susunan bercorak

Motif yang digunakan pula adalah seperti:

  • Motif Tumbuh-tumbuhan
  • Motif Binatang
  • Motif Alam/Benda
  • Motif Kuih


Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.

Sumber rujukan di sini.